Monday, June 17, 2013

Era Pengintipan Global 2-Facebook mendedahkan indentiti anda


 
 
Bacaan lanjut di Yakjud dan Makjud  
 
Dengan tegas Al-Qur'an mempersamakan Da jja l dengan bangsa-bangsa Kristen, dan lagi, Al-Qur'an menyatakan bahwaDa j ja l dan Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah dua jenis makhluk yang berlainan, karena fitnah yang ditimbulkan oleh mereka itu disebutkan bersama-sama.

Kami juga mempunyai bukti dari kitab Bible yang menerangkan, bahwaY a 'juj wa-Ma'juj adalah bangsa-bangsa Eropa. Dengan demikian teranglah bahwa Dajjalj uga berarti bangsa. Sebagaimana telah kami terangkan di muka, fitnahDa jja l itu bersumber pada menangnya agama Kristen. Ada sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang membuktikan bahwaDa jja l itu bukan orang melainkan bangsa, sebagaimana Roma dan Persi yang diuraikan dalam Hadits itu bukanlah tempat melainkan bangsa. Hadits itu berbunyi sbb:

"Rasulullah Sallallahu ’Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Persi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertampur dengan Roma, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu".


Di sini pertempuran denganDa jja l diuraikan dengan kalimat yang sama seperti pertempuran dengan Arab, Persi dan Roma. Ini menunjukkan bahwaDa jja l adalah bangsa, seperti halnya Arab, Persi dan Roma. Boleh jadi yang diisyaratkan di sini ialah Perang Salib, tetapi mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia pada zaman sekarang. Namun satu hal sudah pasti, yakni bahwa menurut Hadits ini,Da j ja l berarti bangsa atau segolongan bangsa; seperti halnya Persi atau Roma.
 
 
Huraian Yakjud Makjud oleh Syeikh Imran Hoesein :-
 



Sunday, June 16, 2013

President UMNO dan PM Malaysia sepatutnya dipantau oleh Council of Elders

Tiada Negara dalam dunia Barat yang tidak ada Council Of Elders. Maksudnya mereka tidak boleh berkuasa seorang diri. Malah di Amerika Syarikat juga mereka mempunyai Government within the Government . Tiada seorang pon president Amerika Syarikat berkuasa  penuh.
 
Di Malaysia Raja kita  adalah Raja Berpelembagaan. Maksudnya Raja pon ditadbir dan dipantau pergerakannya oleh Majlis Raja Raja Melayu
 
Peleknya perkembangan sejak zaman Tun Lah, bila naiknya fahaman Neo Liberalisme, maka penasehat  Perdana Menteri memunahsehat Perdana Menteri agar  dia "trigger happy" merosakkan perkara fundamental dalam Malaysia yang sudah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan  iaitu Ugama Islam, Ketuanan Melayu (iaitu hak istimwewa penduduk pribumi iaitu bangsa Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak) dan  Raja Raja Melayu

Oleh itu tidak ada sebab kenapa PM kita tak boleh dipantau oleh Council Of Elders. Seperti Singapura , Perdana Menteri sekarang dipantau oleh Mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong serta beberapa orang party Elders lain. Dengan itu kesinambungan polisi Singapura terjamin.
 
Janganlah kita kerana terkena tekanan ultra kiasu DAP dan kaum Cina menidakkan perkara ini. Saya  menyarankan agar Perdana Menteri Najib dipantau oleh Council Of Elders iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Daim. Dengan itu kesinambungan polisi kerajaan dalam menegakkan ugama Islam, mempertahankan ketuanan Melayu dan Pribumi serta mempertahankan Raja Raja Melayu terjamin.
 
Harap tidak ada lagi political blunders seperti meletakkan SPR ke bawah Parlimen sedangkan SPR dan semua Suruhanjaya diletak di bawah Yang Di Pertuan Agong kerana mereka badan berkecuali dan Monarky adalah kuasa tertinggi di Malaysia.
 
Malaysia perlukan pemimpin berpegalaman dan mempunyai grass root base yang kuat untuk menegur dan membimbing DS Najib. Bukannya young chikus seperti Omar Ong dan punahsehat yang mempunyai kepentingan peribadi dan kurang pengalaman hidup dan pengalaman politik. Paling penting DS Najib perlu kembali kepada grass root support dan kembali kepada fundamental Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Salinan Perlembagaan untuk punahsehat wannabe ada di Perlembagaan_Persekutuan.pdf

Saturday, June 15, 2013

Era pengintipan global- kenapa DS Najib perlu turun dari jawatan Presiden UMNO

 
Malaysia Insider, sebuah agensi berita mesra Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa pertemuan antara DS Najib dan Anwar Ibrahim telah diaturkan di Jakarta minggu ini . Baca di SINI.
 
Pertemuan itu diaturkan oleh DS Zahid Hamidi , Menteri KDN yang rapat dengan kedua dua pemimpin tersebut. Berkenaan Jakarta sebagai  tempat pertemuan tidak memeranjatkan kerana hubungan baik Presiden SBY yang didokong Jaringan Islam Liberal Indonesia yang organisasinya di biayai dengan dana oleh  George Soros dan agensi pusat Amerika Syarikat .Baca di SINI dan SINI
 
Dokumen dari Pusat Keselamatan Amerika (NSA) yang didedahkan The Guardian memeranjatkan kerana berlakunya pengintipan melalui internet secara komprehensif antara kolaborasi  Facebook, Apple, Google, Microsoft dan beberapa gergasi teknologi lain. Buktinya Rekod Mahkamah di New Zealand mendapati bahawa  NSA prism system telah mendapat  maklumat yang disalurkan oleh 5 Negara  perisikan (intelligence) iaitu UK, Canada, Australia , New Zealand selain Amerika Syarikat. Terjemahan penulis ke atas sebahagian  dari artikel asal "Pentagon Bracing For Public Dissent Over Climate and Energy Shock"  di SINI
 
Sejak  kehancuran ekonomi 2008, dunia Barat telah membuat pelbagai kemajuan dalam aktiviti pengintipan ke atas rakyatnya  untuk tujuan politik demi kepentingan syarikat korporat. Baca pula setelah  gagal menjajah Negara semasa PRU13 ,  dunia Barat cuba menjajah melalui ekonomi dengan TPPH -Baca artikel di FMT kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) di SINI , SINI dan SINI
 

 

 YouTube -Tun Mahathir memberi amaran pasal Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA). Atas sebab itu juga Tun Mahathir senantiasa dimusuhi Barat!

 


Anwar menyokong Israel kerana  dana dan menumpang kekuatan politik Israel dan Amerika - Washington Post -Rujuk SINI. . Kepada umat Islam dalam PAS , berhati hatilah menjalankan agenda penjajahan Barat -saya menyeru semua umat Islam menolak PAS dan PKR yang jelas mendokong agenda penjajahan Barat dari segi Ugama (Akidah), Ekonomi dan Politik

 
 
Tujuan pengintipan ini mengingatkan kita kepada akhir zaman di mana Yakjud Makjud  telah mengetahui segala rahsia kita dan menjajah minda serta menjadikan manusia sebagai ghoyyim (hamba dajjal  yang boleh dilupuskan)
 
"Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi…”-  Surah al-Anbiyaa Ayat 95-96
 
Dari ayat Quran di atas, "Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Bangsa Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
 
Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”;  Surah Al-Kahfi Ayat 92-98
 
Soalnya sekarang kenapa DS Najib terlalu tunduk kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan terutama DAP  yang jelas menjalankan agenda Barat? Apakah kerana maklumat pengintipan membuat DS Najib cenderung tunduk kepada desakan Anwar yang dibiayai dana dan logistic Barat serta Yahudi?

Saya sentiasa berdoa agar rakyat Malaysia, Umat Islam dan anggota UMNO dapat melihat bahaya jika pemimpin tunduk kepada desakan Anwar Ibrahim dan Pakatan terutama  DAP yang menjalankan agenda Barat. Jelas jika DS Najib terus tunduk kepada desakan Pakatan maka pintu "star gate"  Barat menjajah semula negara ini akan dibuka - Nauzubillah Hi Min Zalik .

Saya juga berharap jika  DS Najib mempunyai "baggage peribadi" langkah terbaik bagi DS Najib  ialah turun dari kepimpinan UMNO supaya Malaysia dan umat Islam  dilindungi dari  penjajahan Yakjud Makjud/Barat/Yahudi ini.   
 
 
Rujukan 
HERE , HERE ,   SINI dan SINI

Friday, June 14, 2013

Dr Ridhuan Tee dibicarakan tanpa mahkamah di Singapura

Semasa saya ke bumi Palestine bulan lepas saya mendengar berita yang sama-iaitu mana mana pejuang Islam akan ditahan dan dibicarakan , lesen praktis professional (kedoktoran, guaman, akauntan)  digantung dan habis harta benda mereka dirampas. Modus operandi yang sama berlaku di Singapura. Maka benarlah kata Tunku Abdul Aziz mantan  VP DAP bahawa DAP iaitu proksi PAP di Malaysia dilateh oleh Israel.
Ikuti pengalaman Dr Ridhuan Tee , insan yang banyak membela orang Islam dan Melayu di Malaysia tentang pengalaman dia dibicarakan tanpa mahkamah di Singapura. Pesan saya jaga keamanan Negara kita agar tidak dijajah oleh proksi Israel di Asia.
Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan. lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.






 Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.

Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal siasat, mereka mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan.

Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak ketinggalan di Singapura.

Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.


Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.

Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara.

Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.

Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.

Menang sorak kampung tergadai. Kaduk naik junjung.

Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.

Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.


Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindiran, hasutan dan sebagainya.

Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani. Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak.

Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kita pun mengalah. Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).


Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani.

Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.

Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya daripada saudara seagama


Sumber Blog Dr Ridhuan Tee


Sunday, June 2, 2013

Peradaban Sumeria dari Nusantara

Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.


Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.


Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih di keluarkan hingga sekarang. Di kawasan Mediteranian logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza  dengan Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan Asia Barat sangat penting pada zaman purba. Tetapi pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Austronesia ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. Bangsa Pheonicia ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Nusantara itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.



Kerana zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer dan Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu bahasa lingua franca yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut orang-orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).


Hubungan ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis bahawa di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza yang dibaratkan sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia) dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.


Sumeria merupakan peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu peradaban seperti; penulisan, irigasi, undang-undang, agama, ilmu-ilmu sains (aritmatik, geometri, kalender, senibina), dan sebagainya. Kota-kota Sumeria adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang sistematik sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM. Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat sungai taman Eden dalam kitab mereka bernama Tigris dan Euphrates.



 

Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia. Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.


Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'( Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME. Di bawah saya sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkan ada berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.


MELAYU
SUMERIA
AKU
GU
KAMI
ME
SIAPA?
ABA?
AYAH
AYA
INI
NE
ORANG
UR
PANAH
PANA


Selain itu bahasa Sumeria tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber, Semit, dsb) yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah ia bahasa asing yang terpulau. Meskipun sudah lama pupus, Paul Kekai Manansala, menjumpai banyak kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara, Asia Selatan, Oceania termasuk bahasa Melayu) . Apatah lagi di samping cengkih, Sumer juga menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau ini berasal dari jenis Asia Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis), seperti yang terlihat pada sigil Sumerian abad ke-3 SM.



 

Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan. Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati. Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti Minangkabau. Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.





 

 

Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China, Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk atap rumah.



 

Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.

 

Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini. "Karakter khas mitologi di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.


Pentas Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah Indonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling tua di dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh melakukannya," kata Oppenheimer.


Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang bertutur bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara. Selama ini ahli sejarah menyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau City -state. Roda, adalah salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.
 
Baca selanjutnya di SINI
 
 

Saturday, June 1, 2013

Tindakan Kerajaan Malaysia maseh berhemah dalam menghadapi pengacau keamanan

Di negara penegak DEMOKRASI seperti Australia, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah pendemo akan di kepung dengan  kawad dawai berduri, dipukul dengan kayu cota dan ditembak dengan peluru getah. Di Thailand pula pendemo akan ditembak dengan peluru hidup dan tempat tersebut akan dikenakan "curfew" selama beberapa hari.
 
Ingatlah Hadis Sahih Bukhari, "Allah akan takdirkan naiknya pemimpin yg zalim bila penduduk negeri tersebut  zalim". Oleh itu  jangan menzalimi diri kerana  memfitnah Kerajaan Malaysia zalim. Tiada dalil dan nas yang menghalalkan meruntuhkan Kerajaan Islam!
 
Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di sini
 
I tend to agreed with Nile Bowie, that  the  Malaysian government is still taking the SOFT APPROACH when dealing with dissidents and rowdy crowd that want to topple the government-
 
"Whether we’d like to admit it or not, the authorities have been extremely soft ...on public gatherings, candlelight vigils, and opposition rallies held after the May 5 election. Rallies were met with no resistance; few if any security personnel were in attendance, and attendees were not infringed upon or prevented from exercising their freedom of expression.

As far as I am aware, the police did not exercise force upon any rally-goer, nor did authorities block access to print or digital media that is favourable to the opposition prior to the recent arrests of Adli and others.

By international standards, the response of the state has been extremely liberal. In countries such as Australia, the United States, and within the European Union, public displays of dissent are more often than not met with police batons and ‘less-lethal’ munitions such as rubber bullets. (Malaysia does not use the latter.)

In the regional context, the crowd dispersal protocols in neighbouring countries are significantly more heavy-handed than practices in Malaysia. When Thailand faced significant political unrest in 2010 over challenges to the rule of former PM Abhisit Vejjajiva, the government authorised the use of live ammunition and ordered curfews for several days; popular areas of Bangkok looked like war-zones, the domestic economy nearly ground to a halt, and handfuls of civilian causalities
were incurred " Read more https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/05/29/liberty-sedition-and-jailed-dissidents/

Friday, May 31, 2013

wacana Tasawuf -Kitab Tajalliyat

*

 


Wacana Tasawwuf/Pemikiran Ibnu Arabi bersama Al Fadhil Sheikh Rohimuddin Al Bantani - Diskusi Buku " Kitab Tajalliyyat" karangan Syeikhul Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi .
 
*5 Jun ( Rabu )
*Jam 9.00-11.00 malam
*Bilik Seminar Masjid UKM Bangi